Dilahirkan dalam keluarga yang semua 'comel-comel' menjadikan aku terbiasa memiliki saiz badan yang agak besar dari orang lain.Selalu orang bertanya kepadaku "tak teringin ka nak jadi kurus?'.Aku terfikir sejenak...Teringin..Siapa kata tak teringin.Tapi,bila difikirkan balik menjadi orang yang macam aku sebenarnya seronok.Antara keseronokannya ialah:
1) Boleh berjalan seorang diri,tanpa rasa risau sebab tak banyak mata-mata gatal yang memandang.
2) Kalau naik kereta boleh selalu duduk di hadapan,tak payah berhimpit kat belakang.
3) Ramai kawan yang cubit pipi dan kata geram sebab comel..:)
Walau bagaimanapun bukan mudah menjadi seperti aku. Betul ka orang 'comel' susah nak dapat cinta? Mungkin betul...Sebab ramai yang bercinta bukan kerana siapa sebenarnya pasangannya tetapi kerana paras rupa. Sebab itu kecantikan bukan jaminan untuk kebahagian. Berapa ramai orang yang cantik merana kerana cinta. Mungkin orang-orang 'comel' macam aku sukar sedikit untuk mendapatkan cinta, Tetapi DR HM.TUAH pernah berkata orang yang 'kurang cantik' apabila dirinya dicintai selalunya pasangannya akan benar-benar ikhlas menyintainya kerana menerimanya seadanya. Walaupun kelihatan payah,tapi percayalah SATU hari nanti pasti ada insan yang akan hadir, dan benar-benar ikhlas. Sebab kecik atau besar bukanlah ukuran untuk bahagia. Yang penting baik dan sihat. Percayalah 'teddy bear' lagi sedap dipeluk dan di jaga dari 'Barbie' yang cantik dan mahal tu. :)
stiap org da kelebihan masing2 sygku.. suma org cantik.. tapi skrg org lebih memandang paras luaran dr kecantikan hati..
ReplyDeletejgn merendah diri sgt fitrah. org syg kat kamu tauu! ^^
x merendah diri laaa...refleksi diri..hehehe:)
ReplyDelete