Tuesday, November 9, 2010

antara Maher Zain,Anuar zain & ......... Zain.

Sebentar tadi aku ada menyelak laman fb seorang sahabatku.. Di statusnya ada ditulis dia tidak suka keturunan zain. siapa keturunan Zain itu? Rupanya dia tak suka Anuar Zain & Ziana Zain kerana ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat dinyatakan. Mungkin tak kena dengan jiwa dia. hehehe.Tapi aku suka keturunan Zain. Aku meminati Anuar Zain dan berkongsi minat bersama kakak-kakakku.Anuar Zain merupakan antara topik favourite aku dan kakak-kakakku.Yang paling aku suka Maher Zain.Maher Zain penyanyi dari Sweden ni betul-betul mengusik hatiku dengan lagu-lagu nyanyiannya. Berpeluang bertemu Maher Zain di Maju Junction Mall & UIA  pada bulan lepas merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidupku. Menjadikan dia sebagai inspirasi untuk ke arah yang lebih baik dan tidak berputus asa dengan takdir ALLAH. Seorang lagi insan ....Zain. Siapa dia? aku pun tidak tahu..Cuma mengharapkan dia akan bahagia dengan cara hidup dia.Dan aku tidak mahu lagi melihatnya walau dalam mimpi.

Monday, November 8, 2010

Cinta orang gemok~oppss~comel:)

Dilahirkan dalam keluarga yang semua 'comel-comel' menjadikan aku terbiasa memiliki saiz badan yang agak besar dari orang lain.Selalu orang bertanya kepadaku "tak teringin ka nak jadi kurus?'.Aku terfikir sejenak...Teringin..Siapa kata tak teringin.Tapi,bila difikirkan balik menjadi orang yang macam aku sebenarnya seronok.Antara keseronokannya ialah:

1) Boleh berjalan seorang diri,tanpa rasa risau sebab tak banyak mata-mata gatal yang memandang.

2) Kalau naik kereta boleh selalu duduk di hadapan,tak payah berhimpit kat belakang.

3) Ramai kawan yang cubit pipi dan kata geram sebab comel..:)

Walau bagaimanapun bukan mudah menjadi seperti aku. Betul ka orang 'comel' susah nak dapat cinta? Mungkin betul...Sebab ramai yang bercinta bukan kerana siapa sebenarnya pasangannya tetapi kerana paras rupa. Sebab itu kecantikan bukan jaminan untuk kebahagian. Berapa ramai orang yang cantik merana kerana cinta. Mungkin orang-orang 'comel' macam aku sukar sedikit untuk mendapatkan cinta, Tetapi DR HM.TUAH pernah berkata orang yang 'kurang cantik' apabila dirinya dicintai selalunya pasangannya akan benar-benar ikhlas menyintainya kerana menerimanya seadanya. Walaupun kelihatan payah,tapi percayalah SATU hari nanti pasti ada insan yang akan hadir, dan benar-benar ikhlas. Sebab kecik atau besar bukanlah ukuran untuk bahagia. Yang penting baik dan sihat. Percayalah 'teddy bear' lagi sedap dipeluk dan di jaga dari 'Barbie' yang cantik dan mahal tu. :)

Sunday, November 7, 2010

segalanya bermulaa...

Segalanya akan bermula esok..Perjuangan menempuh peperiksaan..Semoga kejayaan milik kita bersama..Buat semua shabat-sahabat seperjuanganku..

Thursday, July 29, 2010

~Yang pertama~

Mencari dia yg hilang..kadangkala terasa sukarnya melalui liku-liku kehidupan tanpa dia disisi..Walau sebenarnya dia tidak pernah menjauh,selalu ada disisi..Bila kita menjauh dia selalu ada menjaga dan melindungi tidak peduli siapa pun kita,kerana dialah yg pertama..Yang ada dihati,yang selalu memerhati,dan yang selalu dirindui.....Dialah tuhan rabbul izzati..